Friday, June 22, 2012

Telemarketing dan Tahap Kerahsiaan Bank

Saya baru menerima 2 kad kredit daripada Maybank 2 hari lepas. 1 Visa dan 1 lagi American Express. Bukan saya mohon pun. Bank yang offer sebab katanya akaun saya aktif. Memang la aktif sebab gaji masuk ke akaun tu dan segala bayaran bil dan hutang piutang semua melalui akaun tu. Gaji bersih yang masuk ke akaun tu tak la banyak mana pun.

Dan pagi ni dapat 1 call daripada Syarikat yang kononnya menguruskan penghantaran kad-kad tersebut untuk memastikan ianya sampai dengan selamat tapi guna nombor handset. Sepatutnya guna la phone company, baru la tak habis kredit tu. Panggilan tu saya layan dengan baik sebab nak confirmation, apa salahnya..

Pemanggil tu seorang perempuan muda berdasarkan suaranya. Katanya companynya nak offer kad yang mampu membantu saya daripada terlebih menggunakan kemudahan kredit yang disediakan. Saya akan dicaj RM250 sekali sahaja dan sebagai ganjarannya saya akan menerima voucher pelbagai kemudahan bernilai RM3000 untuk hotel, restoran, penjagaan kesihatan dan percutian.

Apabila saya menolak offer tersebut, dia mula melenting. Pada saya, saya ada pilihan untuk menolak kerana saya akan dicaj. Katanya ini bukan soal menerima atau menolak kerana ini keperluan dan saya akan memerlukannnya. Macamana pulak jadi macam tu? Suka hati saya la, duit saya. Selama ni pun saya mampu menguruskan kad-kad kredit saya. Ini membuatkannya marah dan menuduh saya memperkecilkan companynya. Kononnya company dia sebelah City Bank KL. Ntah la..

Saya menegaskan saya juga tidak perlu voucher RM3000 tu sebab saya bukan orang yang kerap tidur di hotel. Kalau ada kursus ke, mesyuarat ke, baru tidur kat hotel. Tu pun gomen bayar. Lagipun saya rasa tidak semua vouchernya nanti saya perlukan dan memenuhi kehendak saya.

Dah la saya tengah key in data masa tu. Takde masa la nak layan dengan orang yang macam ni. Macamana Maybank boleh bagi maklumat pelanggannya ini kepada company tu??
. Saya putuskan panggilan tersebut. Dia call lagi guna nombor yang sama tapi saya tak jawab.

No comments:

Post a Comment