Tahukah kita..
1. Buah pinggang merupakan sepasang organ berbentuk kacang yang terletak di tengah-tengah belakang, betul-betul bawah pinggang.
2. Setiap buah pinggang mempunyai saiz lebih kurang segenggam penumbuk.
3. Anggaran berat satu buah pinggang ialah 150 gram dan jumlah berat dua buah pinggang ialah kurang 1%daripada berat badan.
4. Kencing manis dan tekanan darah tinggi adalah dua penyebab utama kegagalan buah pinggang di Malaysia.
5. 1 daripada 10 dewasa mengalami kerosakan buah pinggang.
6. 3 ujian mudah dapat mengesan penyakit buah pinggang kronik: i) Ujian air kencing untuk protin, darah & glokus. ii) Ujian darah untuk glokus dan serum creatinine. iii) Pemeriksaan tekanan darah.
7. Seorang penderma organ yang menderma kesemua organ dan tisu boleh menyelamatkan sehingga 8 nyawa dan memperbaiki kehidupan 50 orang yang lain.
8. Terdapat lebih daripada 18000 pesakit yang menjalani rawatan dialisis di Malaysia dan peluang untuk mendapatkan pemindahan buah pinggang adalah kurang 1%.
Sayangilah buah pinggang anda..
sumber: Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia
bagaimana nak kesan penyakit buah pinggang melalui kaedah ketiga tadi iaitu melalui tekanan darah
ReplyDelete