Thursday, November 5, 2009

Alat Penjimat Elektrik?

Semasa ke TESCO minggu lepas, saya sempat singgah di satu booth tempat menjual alat penjimat elektrik. Setelah mendengar penerangan drpd salesperson kat situ, saya decide utk beli 1. Harganya RM199.

Menurutnya, alat ni mampu memberi penjimatan sehingga 50% daripada bil elektrik bulanan dengan cara menstabilkan arus. Sekiranya bil tidak menunjukkan sebarang penurunan selama 3 bulan, wang akan dikembalikan dengan syarat tunjukkan bil bulan semasa + bil 3 bulan berikutnya. Waranti produk selama 3 tahun.

Penggunaannya mudah, tidak memerlukan pendawaian tambahan dan diluluskan oleh TNB dan SIRIM. Hanya plug and play.. Diingatkan juga supaya mematikan suisnya jika keluar rumah kerana ia akan bertindak sebagai electrical appliance pulak jika semua suis dimatikan..

Keberkesanannya?? Kena tunggu 3 bulan lagi la.. saya bukan ejen, saja nk promo kalau ia memanafaatkan..

1 comment: