Wednesday, August 26, 2009

Mengaku bersalah!!

Hari ni terpaksalah ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar untuk selesaikan saman JPJ tu.. Nak tak nak pegi jugak la, kalo tak nanti kena waran tangkap lagi susah..

Nak mudah kerja, mengaku sajalah.. Kalo denda maksimum RM300 tapi Tuan Majistret bagi diskaun 50%.. bernafas sikit nak raya ni.. Terima kasih Tuan Majistret.

Kat situ jugak ada 2 orang x-student SMKSTA (batch SPM 2007) tapi deme bukan buat kesalahan trafik.. Masa pendakwaan dibacakan, tak cukup kuat untuk kami dengar.. Yang dengar tarikh perbicaraan 12 November nanti. Apa la kesalahan deme agaknya? Lepas semua selesai sempat la jumpa deme, tak terkeluar dari mulut ni nak tanya kesalahan deme tu.. nanti deme segan pulak..

Moralnya ialah, kalau kita memang buat salah, mengaku sahaja la dan jangan ambil mudah sesuatu perkara.. semoga ianya menjadi pengajaran kepada diri saya..

5 comments:

  1. Salam,
    Next time follow the road regulations.

    ReplyDelete
  2. Baki 50% lagi kena buat belanje kekawan...

    ReplyDelete
  3. Salah bile kene tahanje, kalotak kene tahan selamat.

    ReplyDelete
  4. Mengaku atau tak mengaku bezanye sampai 50%...
    Hebat Tuan majistret...

    ReplyDelete