Cuti seminggu ni amat bermakna sbb aku gunakan untuk study. Smlm (sabtu) dan hari ni (ahad) ada final exam untuk semester 1 MBA. Paper Corporate Finance & International Business.
Sedar tak sedar, dah selesai satu semester. Bulan September ni kira cuti la sbb tak payah pegi belajar. Cuma tunggu result saja. Harap2 excellente la sbb seminggu ni rasa tak tentu arah sbb asyik study je. Mana taknye.. dah lama tinggalkan universiti. Dapat belajar semula gabranya lain macam sikit.
InsyaAllah, bulan Oktober ni masuk semester 2.. hahahaha... dah senior rupanya. Kalo kat u dulu, masa ni la nak kenakan junior.. tapi sekarang tak lagi sbb niat cuma nak belajar, nak grad je.
Memang MERDEKA weh!!!
No comments:
Post a Comment