
Selesai sudah acara merentas desa SMKSTA.. ia diadakan pada 16 jan 2010 (Sabtu).. semuanya nampak bersemangat, dari pelajar sampai la ke cikgu2. Awal2 lagi dah ramai hadir ke sekolah. Latihan sudah dijalankan 2 kali sebelum ini sudah cukup untuk pelajar2 bersedia dari segi mental dan fizikal. Saya, Cikgu Saleh, Tn. Hj. Rahimi & Cikgu Roshita bertugas sebagai AJK Pertolongan Cemas. Harapan kami semuanya OK.

Walaubagaimanapun, ada juga seorang pelajar perempuan yang cedera sebab terjatuh dan pelajar lain terpijak lututnya menyebabkan dia tidak boleh membengkokkan lutut dan berjalan. Terima kasih kepada Cikgu Shushami kerana membawa pelajar berkenaan terus ke Klinik Manong kerana kami berada jauh dari lokasi kemalangan. Pembantu Perubatan meminta pelajar berkenaan dibawa ke Hospital Daerah Kuala Kangsar untuk x-ray kerana beliau mengesyaki sesuatu yang lebih buruk daripada terseliuh. Ibunya turut dipanggil untuk mendapatkan kebenaran membawa anaknya ke hospital.

Saya membawa pelajar 1 Jujur berkenaan ke hospital dengan ditemani ibunya setelah mendapat kebenaran daripada PK 1 dan PK HEM. Di hospital, kami terus ke bahagian Kecemasan dan mendapat rawatan selepas 20 minit kerana dikelaskan sebagai kecederaan biasa. Doktor mengesahkan tiada patah kerana tiada tanda lebam dan pelajar berkenaan boleh berdiri walaupun mengambil masa untuk bangun. Doktor beri 3 hari MC untuk berehat dan kalau masih sakit dalam beberapa hari ini, pelajar tersebut diminta kembali ke hospital untuk x-ray. Saya pulang setelah semua urusan selesai dan meninggalkan mereka di hospital kerana akan dijemput oleh keluarga untuk pulang ke Manong. Di hospital, Cikgu Saleh memaklumkan semua peserta sudah menamatkan larian dengan selamat.
Yang semangat baek tu orait le. Ni ade malaun yang bersemangat juge, tapi habis poko pisang ditumbangkan dek deme siap tarik ke jalan lagi. Ape ke jadah manusie begitu.
ReplyDeleteGeram ni, awok rase deme ni bukan manusie tapi kobo.
ReplyDeleteItu yang jadi masalah tu.. sepatutnya lari dengan semangat kesukanan. Ni lari dengan semangat perosak dan boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain..
ReplyDeleteTerima kasih kerana menghantarkan pelajar yang cedera ke hospital. Semoga mendapat ganjaran yang baik dari Allah jua...
ReplyDelete