Monday, November 23, 2009

Maklumat buah pinggang

Tahukah kita..

1. Buah pinggang merupakan sepasang organ berbentuk kacang yang terletak di tengah-tengah belakang, betul-betul bawah pinggang.

2. Setiap buah pinggang mempunyai saiz lebih kurang segenggam penumbuk.

3. Anggaran berat satu buah pinggang ialah 150 gram dan jumlah berat dua buah pinggang ialah kurang 1%daripada berat badan.

4. Kencing manis dan tekanan darah tinggi adalah dua penyebab utama kegagalan buah pinggang di Malaysia.

5. 1 daripada 10 dewasa mengalami kerosakan buah pinggang.

6. 3 ujian mudah dapat mengesan penyakit buah pinggang kronik: i) Ujian air kencing untuk protin, darah & glokus. ii) Ujian darah untuk glokus dan serum creatinine. iii) Pemeriksaan tekanan darah.

7. Seorang penderma organ yang menderma kesemua organ dan tisu boleh menyelamatkan sehingga 8 nyawa dan memperbaiki kehidupan 50 orang yang lain.

8. Terdapat lebih daripada 18000 pesakit yang menjalani rawatan dialisis di Malaysia dan peluang untuk mendapatkan pemindahan buah pinggang adalah kurang 1%.

Sayangilah buah pinggang anda..

sumber: Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia

Sunday, November 22, 2009

Gagal Interview..

Semalam ada kwn yg sama2 interview jawatan Akauntan W41 dari Taiping menghantar SMS minta semak keputusan interview kat laman web SPA. Kami berdua sahajalah calon lelaki dari Perak yang berjaya sampai ke tahap temuduga ni.. yang lain semua terkandas masa pperiksaan bertulis dan kursus penilaian.

Punyalah berdebar.. tapi rupa2nya saya tidak berjaya. Alhamdulillah kawan saya si Ansari tu berjaya dalam temuduga tersebut.. Ada la wakil lelaki dari Perak.

Saya redha sajala.. Ada la hikmah tu. Saleh kata cuba nasib mintak jd lecturer kat Pusat Matrikulasi pulak.. Good idea..

Wednesday, November 11, 2009

Sekitar Hari Anugerah Kokurikulum SMKSTA 2009



















Walaupun hari agak lembap sebab hujan baru sidang, ttapi program tetap berjalan dengan baik. Tengok gambor2 ni, buat la cerita sendiri sbb a picture tells a thousand words. So this posting has 6000 words la.

Thursday, November 5, 2009

Alat Penjimat Elektrik?

Semasa ke TESCO minggu lepas, saya sempat singgah di satu booth tempat menjual alat penjimat elektrik. Setelah mendengar penerangan drpd salesperson kat situ, saya decide utk beli 1. Harganya RM199.

Menurutnya, alat ni mampu memberi penjimatan sehingga 50% daripada bil elektrik bulanan dengan cara menstabilkan arus. Sekiranya bil tidak menunjukkan sebarang penurunan selama 3 bulan, wang akan dikembalikan dengan syarat tunjukkan bil bulan semasa + bil 3 bulan berikutnya. Waranti produk selama 3 tahun.

Penggunaannya mudah, tidak memerlukan pendawaian tambahan dan diluluskan oleh TNB dan SIRIM. Hanya plug and play.. Diingatkan juga supaya mematikan suisnya jika keluar rumah kerana ia akan bertindak sebagai electrical appliance pulak jika semua suis dimatikan..

Keberkesanannya?? Kena tunggu 3 bulan lagi la.. saya bukan ejen, saja nk promo kalau ia memanafaatkan..