Monday, August 31, 2009

Puasa zaman belajar..

Hari ni dah 11 Ramadhan.. teringat pulak zaman belajar kat ITM Shah Alam dulu. Masa tu 1st semester, tak dapat duduk kolej sebab semua budak degree tak dapat kemudahan kolej. Tumpang dua pupu dengan kawan-kawan dia di rumah flat, Syeksen 24. Deme tu semua budak kilang.

Masa berbuka, cuma mampu beli nasi ayam + air. Masa berbuka tu saja la jumpa makanan. Masa sahur pun tak bangun sebab tak cukup bajet. Nak jumpa makanan pulak, masa berbuka keesokan hari.. isk.. sedih betul zaman tu.. Tapi nak belajar punya pasal, semua tu tak penting.

Selepas 2 minggu puasa dalam kekurangan, dapat maklumat ada kekosongan di Kolej Jati. Terus jumpa Pengurus Asrama. Alhamdulillah.. 4 orang diterima.. Barulah dapat puasa dengan sempurna sebab dapat makan free di kolej ITM. Sesuai la dengan kami yang bajet ciput ni..

Sekarang semuanya dah berubah.. Alhamdulillah.

Saturday, August 29, 2009

Merdeka oh merdeka...

Cuti seminggu ni amat bermakna sbb aku gunakan untuk study. Smlm (sabtu) dan hari ni (ahad) ada final exam untuk semester 1 MBA. Paper Corporate Finance & International Business.

Sedar tak sedar, dah selesai satu semester. Bulan September ni kira cuti la sbb tak payah pegi belajar. Cuma tunggu result saja. Harap2 excellente la sbb seminggu ni rasa tak tentu arah sbb asyik study je. Mana taknye.. dah lama tinggalkan universiti. Dapat belajar semula gabranya lain macam sikit.

InsyaAllah, bulan Oktober ni masuk semester 2.. hahahaha... dah senior rupanya. Kalo kat u dulu, masa ni la nak kenakan junior.. tapi sekarang tak lagi sbb niat cuma nak belajar, nak grad je.

Memang MERDEKA weh!!!

Wednesday, August 26, 2009

Mengaku bersalah!!

Hari ni terpaksalah ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar untuk selesaikan saman JPJ tu.. Nak tak nak pegi jugak la, kalo tak nanti kena waran tangkap lagi susah..

Nak mudah kerja, mengaku sajalah.. Kalo denda maksimum RM300 tapi Tuan Majistret bagi diskaun 50%.. bernafas sikit nak raya ni.. Terima kasih Tuan Majistret.

Kat situ jugak ada 2 orang x-student SMKSTA (batch SPM 2007) tapi deme bukan buat kesalahan trafik.. Masa pendakwaan dibacakan, tak cukup kuat untuk kami dengar.. Yang dengar tarikh perbicaraan 12 November nanti. Apa la kesalahan deme agaknya? Lepas semua selesai sempat la jumpa deme, tak terkeluar dari mulut ni nak tanya kesalahan deme tu.. nanti deme segan pulak..

Moralnya ialah, kalau kita memang buat salah, mengaku sahaja la dan jangan ambil mudah sesuatu perkara.. semoga ianya menjadi pengajaran kepada diri saya..

Monday, August 24, 2009

to the court..

While my fellow friends are attending PTK examination on 27th August 2009, I have to go to the Kuala Kangsar Court for not displaying road tax slip on the wind screen.. It was 2 days after the expired date. I have renewed the insurance but not the road tax because I was so busy to go to the post office. It was a busy week actually.. The summon was issued by JPJ and non compoundable.. I went to JPJ Ipoh just now to pay the summon but the officer refused to accept the payment.

I think I have to bring newspaper to cover my face like the others do at the court.. Ada la pengalaman baru musim cuti ni..

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan dan kehidupan seharian..

Hari ni baru 2 Ramadhan.. Alhamdulillah ibadat puasa dapat dilaksanakan dengan baik.. Kalau kat pasar Ramadhan tu, pengunjungnya mula datang dari pukul 3 sampai la waktu berbuka, punya la meriah.. tapi sejak terbeli kuih tawar beberapa tahun lepas, rasa kurang berminat untuk ke pasar Ramadhan lagi melainkan kalo terdesak..

Di pasar tu semua ada, yang puasa ada, yang xpuasa pun ada, yang Islam pun ada, yang bukan Islam pun ramai.. semuanya dengan satu tujuan.. mendapatkan juadah terbaik..

Persoalannya puasa ni nak makan sedap ke? nak insaf setelah beribadah? Mungkin nak reward diri sendiri dan keluarga sebab dah berpuasa.. tak pun nak menjana ekonomi sebab masa ni la ramai peniaga terbit tapi habis puasa deme pun terbenam macam matahari. Timbul pulak puasa tahun depan.. apa la salahnya kalo usaha berniaga tu diteruskan sepanjang tahun.. baru la ekonomi betul-betul hua liaw..hohoho...

Percaya tak ada pelajar sekolah (sekolah lain jauh dari Malaysia) sanggup ponteng sekolah sebab nak berniaga pasar Ramadhan sbb nak cari duit lebih utk braya?? Susah nak percaya tapi itu lah hakikatnya.. Niat sebenar ibadah puasa untuk merasai kesusahan orang miskin dan menginsafi tapi di dunia moden ni Ramadhan sudah berubah..

Saturday, August 15, 2009

Hotel penuh di Ipoh..

Sepatutnya musim H1N1 ni orang kurang la kuar rumah.. tapi kat Ipoh ni jalan sesak mcm ada pesta.. Kan baik duduk di rumah kuarantinkan diri, dapat kurangkan risiko dijangkiti. Biar la org yg ada hal sahaja yang keluar rumah. Mungkin deme pun ada hal jugak kot.

Selalunya hotel ada la kosong.. hari ni Hotel Seri Malaysia pun penuh. Terpaksa la tidur di hotel budget yang agak buruk.. nasib la..

Wednesday, August 12, 2009

Persediaan PTK..

Cuti pertengahan semester ni ada peperiksaan PTK. Ni peluang untuk siapa-siapa yang nak memperbaiki result yang lepas. Bagi yang sudah dapat IV, bolehlah tarik nafas lega... tunggu anjakan je la.

Saya cuma nak berkongsi pengalaman. Kalau kita pernah pergi membina soalan peringkat JPN ke, Lembaga ke, mesti kita diingatkan tentang level soalan yang ada standard. Di sekolah kita buat sorg2.. ikut suka kita saja.

Cuba ingat balik, apakah ciri2 soalan yang standard untuk dipersembahkan kepada calon...

1. Bilangan jawapan A, B, C dan D mesti sama atau lebih kurang sama. Selalunya bilangan satu-satu jawapan tu antara 8 hingga 12. Kalau didapati bilangan jawapan kita di luar daripada range tu, cepat2 semak balik. Mesti ada yang tersalah tanda.

2. Jawapan yang sama tidak boleh berulang 3 kali atau lebih. Maksudnya kalau jawapan A ada 3 kali berturut2, semak semula. Selalunya paling kerap pun dua kali.

Walaubagaimanapun, ini adalah panduan semata2 dan berdasarkan pengalaman saya dan rakan2. Yang paling penting, cuba buat seberapa banyak set soalan yang boleh. Dalam internet pun ada.. cuba search dalam mana2 search engine.

Nanti kalau dapat IV, belanja la mcm biasa... GOOD LUCK!!!!

Sunday, August 9, 2009

A step into accountant's world

After passing the qualification examination in June 2009, I was called to attend the Accountant General Assesment Centre (AGAC) course at Insitut Tanah & Ukur Negara (INSTUN), Behrang. The course was started from 7 August until 9 August.

The assesment consists of many activities including problems solving, public speaking, debate and 2.4km run. We were divided into different group for every activity. The activities were conducted in Bahasa Melayu version and English Version including the presentation except debate which was only conducted in Bahasa Melayu. I managed to perform all the tasks. Alhamdulillah.. Furthermore, I finished the run within 15 minutes. ok la for 30's like me.

Who ever pass this assesment, will attend an interview.... That will be the last step to be accepted as an accountant. Some of the participants said, the assesment was duplicated from PTD module with some modifications.

Susah jugak nk jd Accountant ni..

The best part was the room.. we lived in the hotel-like-hostel. The food was nice and the accomodation was excellente..

Thursday, August 6, 2009

Students, Exam & Attitide


For the students who dream of excellent result in SPM, they really worry and keep themselves ready in term of knowledge and health. They must be in condition of "makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah". At the same time, there are students who have no target in SPM, still playing around, smoking in the toilet and breaking rules.


I have a good reason to help the students. I want them to score in the pre-trial SPM. It will encourage them to do more revision as a preparation in the real SPM. As a begining, I gave them some hints and try to narrow down the scope of the syllibus in order to put them in focus.


Unfortunately, a few students copied the list of the sub topic and the others ignored me. I was really really sad. After scolding them and put some "powerful" words on them, a few more students wrote something on the paper. Perhaps, they copied the list....


I really don't understand.. when I was a student, every single hint given by the thecher or lecturer were valuable and really helped me in the exam. 90% of the hints worked. Remember.. a techer never lie to the students and a teacher never jealous of his students.


Believe it or not??? Believe it la..

Tuesday, August 4, 2009

Marilah sambung belajar..

Di zaman orang sibuk cari duit ni.. apa kata kita ambik peluang untuk sibuk cari ilmu. Kalo zaman dulu SPM dah cukup besar untuk cari kerja, zaman sekarang ada ijazah pun susah nak dapat kerja. Pada masa akan datang mungkin kena ada Master untuk cari kerja.

Dulu kalo kat Manong ni, universiti terdekat UPSI di Tanjung Malim & USM di Penang je. Sekarang ada UiTM & UTP di Seri Iskandar, Pusat Pengajian UUM & OUM di Ipoh. So, apa lagi.. tempat bukan halangan lagi.

Masa mungkin mengganggu fikiran kita sebab mana nak kerja lagi, nak belajar lagi.. tapi kita boleh pilih part-time, course work mode. sebulan dua kali weekend je. Masa nak susah pun 2 tahun ni saja la. Habis 2 tahun ni, dah ada Master..

PTPTN mesti jadi pilihan untuk membiayai pengajian tu.. sekarang pulak, caj cuma 1%. Dulu 4%. Dah jimat 3%. Pinjam Bank Rakyat pun 4.5%. Bayar selepas 6 bulan tamat pengajian. Sebulan baru RM183.. 2 kali kenaikan gaji tahunan pun dah cover rasanya.. ye tak?

Anyway.. kalo ada sapa2 yang nak further studies, silalah teruskan niat suci tu. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. 1. Sihat sebelum sakit. 2. Kaya sebelum Miskin. 3. Lapang sebelum sempit. 4. Muda sebelum tua. 5. Hidup sebelum mati.