Sunday, March 11, 2012

cuti cuti cuti...

cuti sekolah sampai lagi.. nak buat apa kali ni? cadang nk cat pagar rumah yang semakin berkarat sebab budak-budak yang berpeluh suka duduk di atasnya. sekali lagi ianya tidak dapat dilaksanakan kerana aku kena kemaskini data e-operasi untuk rakan-rakan guru. kerja ini juga akan dibawa balik ke kelantan nanti bagi memastikan semuanya selesai sebelum cuti.
aku jugak kena adakan kelas tambahan matematik pada hari isnin untuk kelas 5vt. ada ke budak-budak nak datang. kalo deme tak datang, boleh balik kelantan awal sikit. bahan-bahan sudah siap diphotostat di kedai jawang.
kalo ikut plan asal, aku kena bawa ayah ke IJN untuk buat pemeriksaan lanjutan tetapi abang chik dah sanggup untuk bawa ayah. semoga ayah tidak dimasukkan ke wad lagi.