Hari Jumaat 28/11/11 ayah dimasukkan ke wad Taiping kerana kegagalan buah pinggang. Ayah dimasukkan k wad D6 di blok baru. Wad ni cantik walaupun kelas 3. Toilet pun dekat. Kami sampai pukul 10 malam sebab pemeriksaan yang lama di Hospital Daerah Kuala Kangsar.
Keesokan harinya saya datang untuk ziarah ayah. Memandangkan hari tersebut hari Sabtu, sekolah cuti untuk ambil Guarantee Letter (GL). Jadi, saya mintak tolong nurse di kaunter supaya tolong cetakkan GL saya daripada HRMIS online. Dengan harapan ayah boleh dipindahkan ke bilik dan dapat menu yang lebih baik kerana ayah saya layak mendapat semua itu. Apabila saya datang hari Ahad, ayah masih di di tempat asal. Saya buat semakan di kaunter dan didapati mereka belum mengambil cetakan HRMIS online di bilik komputer.. patut pun.
Memandangkan hari Isnin adalah hari bersekolah, saya taip sendiri GL tersebut dengan pengesahan Pengetua dan saya sampaikan sendiri di kaunter wad semasa saya melawat ayah petang itu. Walaupun ayah masih di tempat asal, tapi saya tetap berharap ayah akan dipindahkan. Menurut ayah, menu sarapannya sudah berbeza dengan penghuni wad yang lain.
Keesokan harinya ayah dipindahkan ke bilik wad kelas 2 kerana wad kelas 1 masih penuh. Ayah tinggal di situ dengan lebih selesa untuk beberapa malam kerana ber'aircond' dan tidak bising. Ayah akhirnya dipindahkan juga ke wad kelas 1 walaupun untuk 1 malam. Jadilah, merasa juga. Ayah kata lebih sejuk dan makanannya lebih sedap. Ayah keluar wad pada Hari Raya Aidil Adha.
Dengan GL jugalah ayah menerima rawatan di Pusat Dialisis Taiping Sdn. Bhd. cawangan Kuala Kangsar. Ia 3km daripada rumah saya. Buat sementara waktu, ayah tinggal bersama saya kerana mudah untuk mendapat rawatan. Tanpa GL, saya perlu membayar kos dialisis RM150 setiap kali rawatan dan ayah memerlukan 3 kali rawatan seminggu.
Satu lagi rawatan yang ayah perlu hadapi ialah pembedahan 'by pass' jantung di IJN. Menurut pesakit yang pernah menjalani pembdahan tersebut, ia menelan kos sebanyak RM35000. Dengan adanya GL itu, kos yang saya bayar ialah petrol, tol dan makan minum sahaja.
Pada masa ini, saya amat bersyukur kerana berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam. Walaupun gajinya tidak seberapa berbanding dengan swasta tetapi saya mampu berkhidmat kepada ayah saya.