Hari Jumaat 28/11/11 ayah dimasukkan ke wad Taiping kerana kegagalan buah pinggang. Ayah dimasukkan k wad D6 di blok baru. Wad ni cantik walaupun kelas 3. Toilet pun dekat. Kami sampai pukul 10 malam sebab pemeriksaan yang lama di Hospital Daerah Kuala Kangsar.
Keesokan harinya saya datang untuk ziarah ayah. Memandangkan hari tersebut hari Sabtu, sekolah cuti untuk ambil Guarantee Letter (GL). Jadi, saya mintak tolong nurse di kaunter supaya tolong cetakkan GL saya daripada HRMIS online. Dengan harapan ayah boleh dipindahkan ke bilik dan dapat menu yang lebih baik kerana ayah saya layak mendapat semua itu. Apabila saya datang hari Ahad, ayah masih di di tempat asal. Saya buat semakan di kaunter dan didapati mereka belum mengambil cetakan HRMIS online di bilik komputer.. patut pun.
Memandangkan hari Isnin adalah hari bersekolah, saya taip sendiri GL tersebut dengan pengesahan Pengetua dan saya sampaikan sendiri di kaunter wad semasa saya melawat ayah petang itu. Walaupun ayah masih di tempat asal, tapi saya tetap berharap ayah akan dipindahkan. Menurut ayah, menu sarapannya sudah berbeza dengan penghuni wad yang lain.
Keesokan harinya ayah dipindahkan ke bilik wad kelas 2 kerana wad kelas 1 masih penuh. Ayah tinggal di situ dengan lebih selesa untuk beberapa malam kerana ber'aircond' dan tidak bising. Ayah akhirnya dipindahkan juga ke wad kelas 1 walaupun untuk 1 malam. Jadilah, merasa juga. Ayah kata lebih sejuk dan makanannya lebih sedap. Ayah keluar wad pada Hari Raya Aidil Adha.
Dengan GL jugalah ayah menerima rawatan di Pusat Dialisis Taiping Sdn. Bhd. cawangan Kuala Kangsar. Ia 3km daripada rumah saya. Buat sementara waktu, ayah tinggal bersama saya kerana mudah untuk mendapat rawatan. Tanpa GL, saya perlu membayar kos dialisis RM150 setiap kali rawatan dan ayah memerlukan 3 kali rawatan seminggu.
Satu lagi rawatan yang ayah perlu hadapi ialah pembedahan 'by pass' jantung di IJN. Menurut pesakit yang pernah menjalani pembdahan tersebut, ia menelan kos sebanyak RM35000. Dengan adanya GL itu, kos yang saya bayar ialah petrol, tol dan makan minum sahaja.
Pada masa ini, saya amat bersyukur kerana berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam. Walaupun gajinya tidak seberapa berbanding dengan swasta tetapi saya mampu berkhidmat kepada ayah saya.
Monday, November 7, 2011
Saturday, October 15, 2011
Lawak restoran - order lain, dapat lain
kes 1 - mixed order
Masa minum malam di Kuala Kangsar, ada kawan tu ingatkan kami waiter kat kedai makan ni memang tak catat apa yang kita order. Konon boleh ingat order pelanggan. Takpe takpe, kita test tengok..
Aku mintak TEH PANAS dan kawan sorang lagi ni order KOP AIS. Tahu tak apa yang kami dapat? TEH AIS dan KOPI PANAS.. Masa waiter tu beredar dari meja kami, kami punya gelak sampai waiter tu pun terpinga-pinga.. Memang betullah kata kawan tu.. susah sangat ke nak catat apa yang pelanggan order? Tapi kami bukanlah jenis nak cari pasal.. cuma memang lucu:)
kes 2 - mee dan bihun
Selepas order BIHUN GORENG, seorang kawan ni dapat MEE GORENG pulak. Makan sajalah sebab rupa BIHUN dengan MEE lebih kurang sama je.. Cuma berbeza saiz dan rasa je. Tiba-tiba isterinya call suruh bungkus MEE GORENG satu.
Disebabkan order BIHUN dapat MEE, maka dia pun order la BIHUN dengan harapan MEE yang dibungkus nanti. Bila sampai kat rumah, terkejut la si isteri sebab dapat BIHUN. Puas la si suami nak menjelaskan apa yang berlaku..
Masa minum malam di Kuala Kangsar, ada kawan tu ingatkan kami waiter kat kedai makan ni memang tak catat apa yang kita order. Konon boleh ingat order pelanggan. Takpe takpe, kita test tengok..
Aku mintak TEH PANAS dan kawan sorang lagi ni order KOP AIS. Tahu tak apa yang kami dapat? TEH AIS dan KOPI PANAS.. Masa waiter tu beredar dari meja kami, kami punya gelak sampai waiter tu pun terpinga-pinga.. Memang betullah kata kawan tu.. susah sangat ke nak catat apa yang pelanggan order? Tapi kami bukanlah jenis nak cari pasal.. cuma memang lucu:)
kes 2 - mee dan bihun
Selepas order BIHUN GORENG, seorang kawan ni dapat MEE GORENG pulak. Makan sajalah sebab rupa BIHUN dengan MEE lebih kurang sama je.. Cuma berbeza saiz dan rasa je. Tiba-tiba isterinya call suruh bungkus MEE GORENG satu.
Disebabkan order BIHUN dapat MEE, maka dia pun order la BIHUN dengan harapan MEE yang dibungkus nanti. Bila sampai kat rumah, terkejut la si isteri sebab dapat BIHUN. Puas la si suami nak menjelaskan apa yang berlaku..
Thursday, October 13, 2011
CRK untuk buat assignment
Cuti Rehat Khas (CRK) tahun ni tinggal 3 hari je lagi.. yang terbaru hari ni. Terpaksa cuti sebab ada assignment lagi yang tak siap. Minggu depan 3 hari pegi Kem Unit Beruniform Sekolah Rendah Daerah Kuala Kangsar. Mesti tak sempat siap punya sebab ada 2 lagi assignment yang menunggu..
Sunday, October 9, 2011
Aku dan Bajet 2012
Macam-macam pendapat orang pasal bajet 2012. Aku ok je sbb agak banyak faedah yang diperolehi oleh diri ini. Yang terdekat ialah tambahan bonus lagi setengah bulan gaji.. Dapat la ganti gear box + cat kereta kancil tu. Tahun depan ada lagi tambahan gaji 7-13 persen dgn skala gaji yang baru. Memandangkan time based telah dipendekkan kepada 8 tahun, maknanya ada lagi 7 tahun untuk ke gred seterusnya dengan tangga gaji yang lebih panjang.. Takde la langgar dinding diharapkan.
Semoga semua kakitangan awam terutama rakan2 guru terus bersemangat untuk berkhidmat untuk negara.
Semoga semua kakitangan awam terutama rakan2 guru terus bersemangat untuk berkhidmat untuk negara.
Wednesday, October 5, 2011
Lawatan ke Muzium Anatomi UKM Kampus Kuala Lumpur dan Putrajaya
Macam sudah menjadi acara tahunan bagi Unit Bulan Sabit Merah Malaysia PK(Y)139 SMK Sultan Tajul Ariffin untuk membuat lawatan. Kali ini, kami bercadang untuk pergi lebih jauh setelah 2 kali berlegar-legar di dalam Perak.
Tarikh cadangan awal ialah 21 Oktober 2011 (Jumaat) tetapi pada masa itu minggu peperiksaan akhir tahun rupanya. Jadi tarikh tersebut dipinda kepada 4 November 2011 (Jumaat) tetapi tarikh itu 2 hari sebelum Raya Aidiladha.. mesti la 'jammed' jalan nak ke KeyEl ye tak? Maka tarikh muktamadnya ialah 1 November 2011 (Selasa) dan dipersetujui oleh Pengetua.
Surat-surat pun dipos kepada pihak Muzium Anatomi UKM dan Perbadanan Putrajaya untuk kelulusan. Harap-harap diluluskan kerana bas sudah ditempah dengan kos RM1400. Rombongan ini juga turut disertai oleh ahli Persatuan Usahawan Muda untuk meramaikan pelajar.
Saturday, January 15, 2011
Kemenjadian Pelajar dan Taufiq
Pagi tadi saya sempat meluangkan masa ke Sekolah Rendah Islam Al-Furqan untuk dengar taklimat berkenaan dengan Program Pelajar Musleh kepada ibu bapa. Saya amat tertarik apabila di dalam taklimat itu disebut "Kemenjadian pelajar dengan taufiq Allah". Pada pendapat saya inilah 'missing link' di dalam pendidikan yang kita berikan kepada anak-anak kita. Kita merancang pelbagai program untuk kecemerlangan akademik mereka tetapi kita lupa di antara program tersebut dan hasilnya nanti, perlu ada taufiq daripada Allah swt.
Tugas kita sekarang adalah mencari taufiq daripada Allah. Bagaimana hendak mendapat taufiq ini? Anak-anak perlu diasuh dari kecil lagi tentang keimanan dan ketaatan kepada Allah, menghormati ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua serta orang-orang di sekelilingnya. Kita mampu merancang tetapi tanpa taufiq daripada Allah, semua sia-sia.
"Ilmu adalah nur" dan nur ini tidak melekat kepada pelaku-pelaku maksiat. Atas dasar nur yang suci itulah, anak-anak yang gemar melanggar disiplin sekolah, tidak menunaikan solat sukar untuk mendapat kefahaman di dalam pelajaran. Sebagai ibu bapa yang lebih banyak masa bersama anak di rumah berbanding guru di sekolah, perkara ini perlu diteliti. Kesalahan kecil walaupun sekadar berbohong, jika dibiasakan ia akan menjadi satu tabiat yang tidak baik seterusnya merosakkan anak itu sendiri.
Pendidikan anak-anak adalah cabaran besar pada masa ini kerana persekitaran yang berbeza dan pelbagai pengaruh luar yang kadangkala menakutkan. Kita hanya mampu berdoa semoga generasi sekarang dan akan datang diberikan taufiq untuk berjaya di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.. Wallahu a'lam..
Subscribe to:
Posts (Atom)