Sunday, August 22, 2010

HIKMAH PUASA

Bismillahirahmanirahim

Terlebih dahuku kita bersyukur kepada Allah kerana masih berkesempatan untuk melaksanakan ibadah puasa pada tahun ini dan hari ini. Peluang yang ada ini perlu direbut dengan membanyakkan amalan kerana kita tidak tahu apakah ramadhan tahun ini adalah ramadhan terakhir untuk kita.

Berbalik kepada tajuk tadi iaitu HIKMAH PUASA - ertinya ‘kelebihan puasa’.. seseungguhnya apa yang diperintah dan apa yang dilarang Allah ada hikmahnya..

Saya bahagikan kepada 2 bahagian: Ibadah & Kesihatan.

  1. Ibadah.

Dari segi ibadah, dalam alquran jelas Allah berfirman dalam surah AlBaqarah ayat 183.

Maksudnya: “wahai org2 yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada org2 sebelum kamu supaya kamu menjadi org2 yang bertakwa”

Itulah hikmah yang paling utama iaitu ‘menjadi orang yang bertakwa’. Maksud takwa ialah takutkan Allah. Org yang bertakwa sentiasa merasakan dirinya diperhatikan Allah. Walaupun tidak ada sesiapa yang menjaga kita sepanjang hari untuk memastikan kita terus berpuasa tetapi dengan ketakwaan, kita tetap berpuasa. Orang yang bertakwa tidak mencuri makan walaupun mak bapak tidak tahun, cikgu2 tak tahu.. tetapi kita kena ingat Allah sentiasa Nampak kita..

  1. meningkatkan amalan

di dalam bulan ramadhan ini peluang untuk beramal terbuka luas. Selain daripada puasa itu sendiri, kita berpeluang mengerjakan amalan2 lain seperti bersahur, berbuka puasa, bertarawikh dan berzakat fitrah. Kesemua ini menjanjikan pahala yang besar. Amalan sunat diberikan pahala wajib, manakala amalan wajib pula dilipatkaligandakan pahalanya.. bagi yang banyak beramal dan konsistan dalam amalannya pula, Allah menjanjikan lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sebagaimana dijanjikan Allah di dalam surah AlQadr ayat 3

maksudnya: malam qadr itu lebih baik daripda 1000 bulan.

3. kesihatan

Dari sudut kesihatan pula, bulan ramadhan ini memberikan hikmah yang terbaik dari sudut perubatan. Setelah 11 bulan perut kita diisi dan diasak dengan pelbagai jenis makanan dan minuman, menjadikannya bekas yang kotoe sebagaimana maksud hadith riwayat Ahmad, Attarmizi dan An-nasa’i

“tidak ada satu bekas yang lebih buruk yang dipenuhi oleh anak adam selain daripada perut. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suapan makanan yang boleh menegakkan tulang sulbinya. Jika perlu dipenuhkan juga perut itu, maka 1/3 daripadanya hendaklah diperuntukkan untuk makanan, 1/3 lagi untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasannya”.

Perut kita umpama mesin yang kompleks, efisien dan ampuh dalam system pencernaan makanan. Secara logiknya, ia perlu direhatkan dan diservis.

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksin atau racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan system imunisasi badan dalam melawan penyakit. Menurut Dr Mac Fadon seorang doctor dari Amerika “puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut. Beliau menjadikan puasa sebagai cara alternative kepada rawatan moden di dalam merawat pasakit.

Satu kongres antarabangsa bertemakan ‘kesihatan dan ramadhan’ telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. pakar2 perubatan daripada seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu dan mengesahkan puasa mampu mencegah dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kongres tersebut menekankan 4 kabaikan berpuasa dari sudut kesihatan iaitu menurunkan kadar gula dalam darah, tekanan darah, lipid dalam darah dan berat badan.

Luqman al Hakim ada menasihatkan anaknya “ wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan kebijaksanaan dan malaslah seluruh anggota badan untuk beribadah.”

Tidak lupa juga kepada perokok, bulan ramadhan adalah peluang untuk berhenti menghisap rokok kerana di siang hari tidak boleh merokok. Dan jangan pula di sebelah malam harinya merokok berlebihan untuk tujuan balas dendam. Sebaliknya cuba makan makanan yang dapat membantu lagi membuang toksik atau racun di dalam badan. Sekiranya racun2 itu sudah tiada lagi insyaAllah tidak ketagih lagi.. ramai yang sudah Berjaya.. bak kata pepatah nak seribu daya, tak nak seribu dalih…

Semoga segala ibadat kita diterima di sisi Allah sebagai ibadah yang diredhainya, bermanafaat kepada diri kita, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat lebih2 lagi. Selamat menjalankan ibadah puasa tahun ini

Wallaua’lam