Tuesday, September 7, 2010

Raya dan bersyukur..

Raya akan menjelang tiba. Malam ini Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengumumkan sama ada esok atau lusa raya. Tahun ini beraya di rumah mertua lagi sebab tahun depan semua adik beradik sudah bersetuju untuk beraya di rumah mak di Kampung Matang Acheh, Pantai Remis.

Tahun depan ayah bercadang untuk jadi tuan rumah Mesyuarat Khairat Kematian Keluarga. Setiap tahun, malam raya ketiga, semua ahli keluarga Tuk Pin (Datuk kepada ayah) akan berkumpul bermesyuarat tentang aktiviti dan perkembangan khairat kematian keluarga. Sekarang kami sudah ada lebih daripada 40 keluarga. Itulah masa nak berjumpa waris yang dah lama tak berjumpa.

Raya tahun ini bersederhana sahaja tetapi tetap meriah sebab ada ahli keluarga baru.. Sebelah saya ada seorang 'baby', sebelah isteri saya ada dua orang 'baby'..

Alhamdulillah..

Saturday, September 4, 2010

Puasa Enam Pahala Setahun..

Semalam kami berkesempatan untuk dengar ceramah daripada seorang Ustaz yang bertugas di SABK Maahad AlMizan. Penyampaian yang menarik dan bersahaja. Antara yang disampaikan termasuklah pahala puasa enam yang dikatakan bersamaan pahala setahun puasa..

Kami yang duduk di bahagian tepi dewan cuba berkir-kira formula untuk dapatkan 'setahun' itu kerana beliau sendiri lupa formulanya.. tetapi yang jelas setiap satu kebajikan di bulan Ramadhan digandakan menjadi sepuluh kali ganda.

Kata seorang sahabat:

30 hari puasa Ramadhan = 300 hari
6 hari puasa syawal = 60 hari
Jumlah = 300 hari

mana lagi bakinya sebab setahun ada 365 atau 366 hari??

Seorang lagi sahabat menambah, 6 hari tu hari-hari yang diharamkan puasa.. hari raya aidilfitri + hari raya haji + 3 hari tashrik + hari syak.

Wallahualam.. kalau ada makluman lain atau ada kesilapan, sila betulkan..

Sunday, August 22, 2010

HIKMAH PUASA

Bismillahirahmanirahim

Terlebih dahuku kita bersyukur kepada Allah kerana masih berkesempatan untuk melaksanakan ibadah puasa pada tahun ini dan hari ini. Peluang yang ada ini perlu direbut dengan membanyakkan amalan kerana kita tidak tahu apakah ramadhan tahun ini adalah ramadhan terakhir untuk kita.

Berbalik kepada tajuk tadi iaitu HIKMAH PUASA - ertinya ‘kelebihan puasa’.. seseungguhnya apa yang diperintah dan apa yang dilarang Allah ada hikmahnya..

Saya bahagikan kepada 2 bahagian: Ibadah & Kesihatan.

  1. Ibadah.

Dari segi ibadah, dalam alquran jelas Allah berfirman dalam surah AlBaqarah ayat 183.

Maksudnya: “wahai org2 yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan kepada org2 sebelum kamu supaya kamu menjadi org2 yang bertakwa”

Itulah hikmah yang paling utama iaitu ‘menjadi orang yang bertakwa’. Maksud takwa ialah takutkan Allah. Org yang bertakwa sentiasa merasakan dirinya diperhatikan Allah. Walaupun tidak ada sesiapa yang menjaga kita sepanjang hari untuk memastikan kita terus berpuasa tetapi dengan ketakwaan, kita tetap berpuasa. Orang yang bertakwa tidak mencuri makan walaupun mak bapak tidak tahun, cikgu2 tak tahu.. tetapi kita kena ingat Allah sentiasa Nampak kita..

  1. meningkatkan amalan

di dalam bulan ramadhan ini peluang untuk beramal terbuka luas. Selain daripada puasa itu sendiri, kita berpeluang mengerjakan amalan2 lain seperti bersahur, berbuka puasa, bertarawikh dan berzakat fitrah. Kesemua ini menjanjikan pahala yang besar. Amalan sunat diberikan pahala wajib, manakala amalan wajib pula dilipatkaligandakan pahalanya.. bagi yang banyak beramal dan konsistan dalam amalannya pula, Allah menjanjikan lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sebagaimana dijanjikan Allah di dalam surah AlQadr ayat 3

maksudnya: malam qadr itu lebih baik daripda 1000 bulan.

3. kesihatan

Dari sudut kesihatan pula, bulan ramadhan ini memberikan hikmah yang terbaik dari sudut perubatan. Setelah 11 bulan perut kita diisi dan diasak dengan pelbagai jenis makanan dan minuman, menjadikannya bekas yang kotoe sebagaimana maksud hadith riwayat Ahmad, Attarmizi dan An-nasa’i

“tidak ada satu bekas yang lebih buruk yang dipenuhi oleh anak adam selain daripada perut. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suapan makanan yang boleh menegakkan tulang sulbinya. Jika perlu dipenuhkan juga perut itu, maka 1/3 daripadanya hendaklah diperuntukkan untuk makanan, 1/3 lagi untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasannya”.

Perut kita umpama mesin yang kompleks, efisien dan ampuh dalam system pencernaan makanan. Secara logiknya, ia perlu direhatkan dan diservis.

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksin atau racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan system imunisasi badan dalam melawan penyakit. Menurut Dr Mac Fadon seorang doctor dari Amerika “puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut. Beliau menjadikan puasa sebagai cara alternative kepada rawatan moden di dalam merawat pasakit.

Satu kongres antarabangsa bertemakan ‘kesihatan dan ramadhan’ telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. pakar2 perubatan daripada seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu dan mengesahkan puasa mampu mencegah dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kongres tersebut menekankan 4 kabaikan berpuasa dari sudut kesihatan iaitu menurunkan kadar gula dalam darah, tekanan darah, lipid dalam darah dan berat badan.

Luqman al Hakim ada menasihatkan anaknya “ wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan kebijaksanaan dan malaslah seluruh anggota badan untuk beribadah.”

Tidak lupa juga kepada perokok, bulan ramadhan adalah peluang untuk berhenti menghisap rokok kerana di siang hari tidak boleh merokok. Dan jangan pula di sebelah malam harinya merokok berlebihan untuk tujuan balas dendam. Sebaliknya cuba makan makanan yang dapat membantu lagi membuang toksik atau racun di dalam badan. Sekiranya racun2 itu sudah tiada lagi insyaAllah tidak ketagih lagi.. ramai yang sudah Berjaya.. bak kata pepatah nak seribu daya, tak nak seribu dalih…

Semoga segala ibadat kita diterima di sisi Allah sebagai ibadah yang diredhainya, bermanafaat kepada diri kita, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat lebih2 lagi. Selamat menjalankan ibadah puasa tahun ini

Wallaua’lam

Saturday, January 16, 2010

Merentas Desa

Selesai sudah acara merentas desa SMKSTA.. ia diadakan pada 16 jan 2010 (Sabtu).. semuanya nampak bersemangat, dari pelajar sampai la ke cikgu2. Awal2 lagi dah ramai hadir ke sekolah. Latihan sudah dijalankan 2 kali sebelum ini sudah cukup untuk pelajar2 bersedia dari segi mental dan fizikal. Saya, Cikgu Saleh, Tn. Hj. Rahimi & Cikgu Roshita bertugas sebagai AJK Pertolongan Cemas. Harapan kami semuanya OK.


Walaubagaimanapun, ada juga seorang pelajar perempuan yang cedera sebab terjatuh dan pelajar lain terpijak lututnya menyebabkan dia tidak boleh membengkokkan lutut dan berjalan. Terima kasih kepada Cikgu Shushami kerana membawa pelajar berkenaan terus ke Klinik Manong kerana kami berada jauh dari lokasi kemalangan. Pembantu Perubatan meminta pelajar berkenaan dibawa ke Hospital Daerah Kuala Kangsar untuk x-ray kerana beliau mengesyaki sesuatu yang lebih buruk daripada terseliuh. Ibunya turut dipanggil untuk mendapatkan kebenaran membawa anaknya ke hospital.
Saya membawa pelajar 1 Jujur berkenaan ke hospital dengan ditemani ibunya setelah mendapat kebenaran daripada PK 1 dan PK HEM. Di hospital, kami terus ke bahagian Kecemasan dan mendapat rawatan selepas 20 minit kerana dikelaskan sebagai kecederaan biasa. Doktor mengesahkan tiada patah kerana tiada tanda lebam dan pelajar berkenaan boleh berdiri walaupun mengambil masa untuk bangun. Doktor beri 3 hari MC untuk berehat dan kalau masih sakit dalam beberapa hari ini, pelajar tersebut diminta kembali ke hospital untuk x-ray. Saya pulang setelah semua urusan selesai dan meninggalkan mereka di hospital kerana akan dijemput oleh keluarga untuk pulang ke Manong. Di hospital, Cikgu Saleh memaklumkan semua peserta sudah menamatkan larian dengan selamat.











Saturday, January 2, 2010

End of 2nd Semester..

Alhamdulillah.. I expressed it immidiately after leaving examination hall just now. I sat for Leadership in Organisation and Strategic Management papers . I have done with my 2nd semester of MBA.. 4 semesters to go.. The next semester will start in February 2010. So, I have one month semester break.

I cannot wait for the result..