Friday, October 30, 2009

memasak dengan kreatif..

Kalo sekali imbas, mesti ramai yang ingat ni masakan untuk hidangan pengantin.. tapi sebenarnya hidangan ni adalah hasil kreativiti pelajar2 tingkatan 3 yang menyertai aktiviti masakan rimba yang dikendalikan sebagai aktiviti selepas PMR. Program ini di bawah kendalian Penyelaras Unit Beruniform, Cikgu Saleh Mislan..





Pandai jugak deme ni mmasak dan menghias makanan.. tapi apa bahan utamanya?? cuba kita zoom in.. sebenarnya deme gunakan mee segera sbg bahan utama sbb cepat dimasak dan sedap dimakan.. iyoolah!!

Kalo ada sape2 nk buat hidangan pengantin, boleh contact deme..





Tuesday, October 27, 2009

Kem 1Malaysia Daerah KKangsar




12-15 Oktober 2009, saya & cikgu Saleh bertugas sbg AJK Pertolongan Cemas di Kem 1Malaysia Daerah KKangsar. Bila dengar kes kematian pelajar yang dihanyutkan sungai di SK Kuala Dipang, rasa sedih jugak la sbb semua jurulatih pasti sudah memastikan keselamatan peserta.. kemalangan yang tak dpt dijangka.

Semasa kami di kem tu, hujan lebat sangat pada hari pertama selepas pendaftaran menyebabkan semua khemah terpaksa dipindahkan ke kawasan kering kerana kawasan perkhemahan berselut tanah merah.. Dengar cerita kawasan suak tu baru tambak, belum kejap lagi. Kasut pelajar macam lori tanah, sudah tebal 4 inci.. sampai ke maghrib pelajar masih membersih khemah dan diri.

Keesokan harinya ramai la yg pening2, demam2, sakit tulang dan sendi.. mungkin 'home sick' jugak kot. Alhamdulillah kem tu berjalan lancar dengan tiada kemalangan.

Thursday, October 15, 2009

2 lelaki 12 perempuan

Di hari temuduga tu, calon yang datang 14 orang sahaja. Kata staff di situ, sebelum ni tak pernah la kehadiran penuh tapi kali ni kesemua 14 calon datang. Lelaki 2 org je, bakinya semua perempuan..

Awak dapat nombor 5. Dek sebabkan seorang calon diinterview antara 45 minit hingga 1 jam, pukul 11.40 baru dapat masuk bilik interview. Pukul 12.30 baru keluar. Dekat 1 jam jugak la menjawab. Kejap dalam BM, kejap dalam BI. Interviewernya 2 orang, sorg Datuk dr SPA, sorg lg akauntan dr KL. OK la, deme friendly dan tak menyusahkan.. banyak belabun.. Yang nombor last tu ntah balik pukul berapa la agaknya.

Antara yang ditanya.. Kenapa encik sambung MBA? Awak cakap la itu Plan B.. Kalo stay dgn KPM lg, dah grad nnt nk apply lecturer pulak.. hehehe...

Friday, October 9, 2009

takutnya nak interview..

Penantian untuk interview jawatan Akauntan berakhir bila dpt surat drpa SPA Khamis baru2 ni. Interviewnya di Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perak, Wisma Maju UMNO Ipoh, 13 Okt 09 (Selasa) ni.. gabranya tuhan saja la yg tau sbb ada berapa hari je lg.. kwn2 kat KL 23hb ni. Ada byk la masa deme nk bersedia.

Deme kate kna hafal semua maklumat yg ada dlm www.anm.gov.my. Try bukak td, banyak jugak nk kena tahu sbb General Accountant ni tak sama dgn Public Accountant. Masa belajar dulu lebih ke public aoountant. Baca je la.. apa yg ditanya nnt, jawab dengan muka konfiden dan tanpa rasa bersalah, itu yang penting.

Kalo ikutkan probability, 1/3 utk dapat. Harap2 tergolonglah dalam golongan tu. W/pun, saya tetap berdoa kepada Allah untuk memberikan yang terbaik untuk saya. Keputusan interview akan kuar 23hb nov dan boleh disemak dgn SMS & laman web SPA. Kalo dpt, alhamdulillah.. xdpt pun xkesah sangat sbb dah buat yang terbaik untuk sampai ke level 3 proses pengambilan ni. Ada hikmah di sebalik sesuatu.